PROFIL SMKKS

Ucapan Aluan

Pengetua (Puan Hajjah Zaini Binti Ahmad)
 Bismillahirrahmanirrahim...
 Assalamualaikum w.b.t...
      Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, seluruh keluarga dan Para Sahabat Baginda.

      Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih ditujukan kepada semua AJK Laman Web SMKKS kerana telah berusaha membina laman web sekolah dan memaparkan perkembangan maklumat terkini tentang pencapaian SMKKS.

      Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia anjakan ke-7 iaitu untuk memaksimumkan penggunaan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, maka laman web ini diharap dapat memacu proses pembelajaran ilmu dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.

      Sebagai peneraju utama, saya sangat berharap laman web ini juga menjadi platform untuk menghubungkan seluruh warga smkks, ibu bapa, guru-guru, staf mahupun pelajar dengan informasi berguna sebagai rujukan.

      Akhir kata saya berharap laman web SMKKS ini dapat dimanfaatkan secara menyeluruh oleh semua pihak. Insyaallah dengan usaha dan keikhlasan kita semua visi SMKKS menjadikan SMKKS Sekolah Terbilang 2015 akan tercapai.

Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufik wal hidayah Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.





VISI SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Selamat
Menjadi Sekolah Terbilang 2015



MISI SEKOLAH

Memberi pendidikan kepada murid untuk melahirkan warganegara yang berkualiti berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan





PIAGAM PELANGGAN

Kami Akan Sentiasa

-Berusaha Mempertingkatkan Prestasi Kecemerlangan Akademik Dan Kokurikulum Dengan Penuh Komitmen Dan Dedikasi

  
-Melaksanakan Tugas Secara Sistematik, Menepati Masa, Menghasilkan Output Yang Berkualiti.

-Membudayakan Sahsiah Terpuji Bagi Mewujudkan Sebuah Sekolah Berwatak

-Sentiasa Bekerja Sebagai Satu Pasukan


-Mengamalkan Prinsip Kasih Dan Hormat Menghormati Antara Satu Sama Lain

-Mengamalkan Sikap Positif Terhadap Sebarang Perubahan Dan Perkembangan Semasa Dengan Penuh Perasaan Tanggungjawab Dan Dedikasi

-Mengharumkan Dan Meningkatkan Imej SMKKS




SEJARAH SEKOLAH

Sekolah menengah Kebangsaan Kampong Selamat dinamakan sempena lokasinya di kawasan Kampong Selamat. Kerja kerja pembinaan bermula sejak tahun 2000 dan Sekolah ini mula beroperasi pada Januari 2003. Pembinaan sekolah ini bertujuan untuk menampung dan menyediakan prasarana pendidikan kepada penduduk setempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.


Pintu Utama SMK Kampong Selamat


Pintu Utama SMK Kampong Selamat


Blok Kelas


Makmal Komputer


SMKKS merupakan salah sebuah sekolah kawalan dinegeri ini. Kebanyakan murid murid yang ditempatkan di sini adalah melalui rancangan khas di samping murid murid kemasukan biasa. Pada peringkat awal pembukaannya, sekolah telah menerima sejumlah 287 orang pelajar yang ditempatkan di dalam lapan buah kelas mengikut tingkatan masing-masing. Seramai 21 orang tenaga pengajar ditempatkan di sini untuk berkhidmat kepada warga sekolah.


Dari segi kemudahan prasarana, sebanyak empat blok telah dibina yang mana masing-masing terdiri daripada empat tingkat. Sehingga hari ini sekolah ini telah membuka sebanyak 29 kelas bagi menampung keperluan pelajar. Sekolah juga dilengkapi dengan kemudahan asrama bagi pelajar yang tinggal berjauhan.


 Blok Asrama Lelaki


Blok Asrama Perempuan



Dewan Makan Asrama 



Surau SMKKS


Kuarters Staff SMKKS




LOGO SEKOLAH




WARNA BIRU
Melambangkan warna harmoni, perpaduan antara kaum

 LOGO BULAN DAN BINTANG
Melambangkan simbol kedaulatan negara, matlamat setiap warga SMKKS ke arah wawasan dan inspirasi negara

 SIMBOL 3 PANAH 
Menggambarkan tiga kaum berbeza yang berasal dari tiga budaya berlainan tetapi mempunyai visi dan matlamat yang sama.

WARNA MERAH
Semangat keberanian yang ada pada setiap individu ke arah mencapai kecemerlangan

 BENTUK SUKU BULATAN BIRU 
Simbol dunia, ilmu yang dituntut bertaraf dunia

 WARNA PUTIH
Lambang kesucian dan keikhlasan setiap guru dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajarnya

KOMPUTER
Lambang sumber ilmu terkini

 2003
Tahun penubuhan sekolah

LAGU SEKOLAH

SENTIASA CEMERLANG 
SMKKS Sentiasa Cemerlang 
Bangunnya serentak pembangunan Negara
Majulah pelajar harapan ibunda
Kami anak bangsa yang berjaya

Kejarlah ilmu ianya berharga
Itulah kejayaan mulia
Sentiasa Cemerlang
Itulah prinsip kemegahan kami
Guru, ibu bapa kami hormati

Pohon restu moga direstui
Sentiasa berikrar selalu berjanji
Menjadi pewaris yang terpuji
Ilmu untuk berdikari


Sedarlah pelajar masa kini
Kamilah bakal penyambung warisan
Semoga berjaya dan berjaya
Kamilah bakal penyambung warisan
Semoga Sentiasa Cemerlang...